Al-Quran Al-Hafiz (Kaedah Mudah dan Cepat Hafal Quran)
Al-Quran Al-Hafiz Kaedah Mudah dan Cepat Menghafal Al-Quran ini disusun berdasarkan pengalaman para penghafal al-Quran.
Al-Quran Al-Hafiz tampil menggunakan 3 blok warna di dalam setiap halaman, setiap blok mampu dihafal selama 1 jam.
Hanya 3 jam masa diperlukan menghafal 1 halaman al-Quran kerana setiap ayat yang dihafal dibantu dengan panduan kotak muraja’ah (diulang-ulang).
Al-Quran ini menggunakan Khat Resam Uthmani telah disemak dan diluluskan oleh ahli Lajnah Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN.
Kelebihan:
- Pembahagian tiga blok berwarna pada setiap halaman.
- Dilengkapi tajwid berwarna.
- Tema ayat yang ringkas dan padat.
- Jadual semakan hafalan.
- Bimbingan & motivasi daripada pakar bidang hafazan al-Quran.
- Kata kunci awal dan akhir ayat bagi memudahkan hafalan.
- Panduan penggunaan kaedah hafalan yang mudah dan ringkas.
Bonus:
- Panduan dan langkah-langkah menjadi Ahlul Quran.
- Adab- adab terhadap al-Quran.
- Penanda Buku (untuk menutup bahagian ayat ketika menghafal)