Welcome visitor you can login or create an account.

Batilnya Akidah Syiah

Product Code: INT056
Availability: In Stock
Sale Batilnya Akidah Syiah
Product viewed: 6776
RM17.10 RM18.00
Save: 5%

Batilnya Akidah Syiah

ISBN : 978-967-0326-57-3
Semenanjung : RM18.00
Sabah / Sarawak : RM 20.00

Banyak siri serbuan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah sudah lama diwartakan dan difatwakan haram kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Di Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa ; “Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain.”

Berikut adalah sebahagian akidah sesat puak Syiah secara ringkas yang dibincangkan di dalam buku ini agar kita tahu dengan jelas pendustaan serta penyelewengan mereka.

1)        Akidah menyekutukan Allah seperti fahaman Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin.

2)        Akidah (البداء) yang rosak, iaitu Syiah mengatakan Allah SWT jahil.

3)        Akidah maksumnya 12 imam Syiah, yang bercanggah dengan akidah khatamun Nubuwwah bagi penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW.

4)        Akidah bahawa al-Quran yang wujud sekarang ini telah diubah, ditukar, ditambah dan dikurangkan ayatnya. Ini termasuk akidah yang paling keji dan rosak. Akidah ini mewajibkan penganutnya terkeluar daripada agama Islam.

5)        Akidah menghina Rasulullah SAW, menghina Sayidina Ali r.hu, Sayidina Hassan r.hu dan Sayidina Hussein r.hu.

6)        Akidah menghina Ummahatul Mukminin, isteri Rasulullah SAW.

7)        Akidah menghina anak-anak perempuan Rasulullah SAW, khususnya penghulu wanita, Sayidah Fatimah az-Zahra’ r.hu.

8)        Akidah menghina Abbas, Ibnu Abbas dan Uqail r.hu.

9)        Akidah menghina Khalifah ar-Rasyidin, golongan Muhajirin, golongan Ansar.

10)    Akidah menghina para imam Ahli Bait.

11)    Akidah (التقية) taqiyyah.

12)    Akidah Mut’ah.

13)    Akidah harus meminjamkan faraj wanita.

14)    Akidah harus meliwat wanita.

15)    Akidah (الرجعة).

16)    Akidah (الطينة) – Ahli Sunnah wal-Jamaah dipaksa menanggung segala dosa puak Syiah.

Akidah kehilangan ahli keluarga dengan menangisi, mengoyak leher baju, memukul pipi atas kematian Sayidina Hussein r.hu dan akidah lain yang bercanggah dengan akidah Islam. 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



×
×
×
×
×
×
×