Welcome visitor you can login or create an account.

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

Product Code: INT003
Availability: In Stock
Sale DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH
Product viewed: 10959
RM19.00 RM20.00
Save: 5%

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

 

Kehidupan berumah tangga merupakan satu ruang untuk membina bahagia dan ceria. Bahagia itu diharapkan berkekalan di dunia dan hingga ke akhirat. Namun, kebahagiaan sesebuah rumah tangga hanya akan terbina oleh beberapa faktor penting, antaranya restu orang tua kedua-dua belah pihak, pemahaman dan pelaksanaan syariat Islam di dalam rumah tangga serta sifat saling bertolak ansur antara pasangan suami isteri. Restu orang tua amat perlu dalam menjaga keberkatan dan keharmonian sesebuah rumah tangga.

Oleh itu, tindakan menikah tanpa kebenaran sama ada di dalam ataupun di luar negeri bukanlah satu pilihan bijak. Meskipun dalam situasi tertentu, perkahwinan yang berlaku itu sah menurut syariat, tetapi perkahwinan itu tidak sah menurut undang-undang negara. Perkahwinan itu perlu didaftarkan bagi mengelak sebarang kesulitan di masa akan datang. Perkahwinan itu perlu disiasat oleh pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan dan didaftarkan di Pejabat Agama kawasan yang terlibat.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan semakin hari semakin ramai orang yangmengambil jalan bernikah tanpa kebenaran sebagai jalan penyelesaian. Antara faktor yang menyebabkan mereka memilih jalan itu ialah tidak mendapat restu ibu bapa, ingin berkahwin satu lagi serta tidak tahu akan syarat dan undang-undang perkahwinan di Malaysia. Sesungguhnya berkahwin tanpa kebenaran akan mengundang lebih banyak kesulitan di kemudian hari berbandingkeseronokanyang sementara. Semoga generasi masa kini akan berfikir panjang sebelum menikah agar memilih jalan yang baik dan murni untuk menikah. Titik awal pernikahan akan mempengaruhi keberkatan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



×
×
×
×
×
×
×