Syarah Hadis 40 (Imam Ibn Al Aththar)

Syarah Hadis 40 (Imam Ibn Al Aththar)
Click image for Gallery
  • RM25.00 RM23.80
+
-


Istimewanya Syarah Hadis 40 ini adalah kerana ia dihuraikan oleh murid kanan Imam al-Nawawi sendiri, iaitu Imam Ibn Al-‘Aththar. Beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi pernah berazam untuk mensyarahkan Hadis 40 yang dihimpun oleh beliau, namun belum sempat hajatnya tercapai, ajal menjemput beliau. Maka Imam Ibn al-‘Aththar meneruskan azam gurunya dengan mensyarahkannya berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau pelajari daripada Imam al-Nawawi. Imam Ibn al-‘Aththar berusaha menukilkan sebanyak mungkin kata-kata Imam al-Nawawi dalam syarahannya. Sudah tentu ia menjadi lebih istimewa kerana hurainnya lebih dekat dengan jiwa penulis asal.
 
Kelebihan 1
Hadis yang dihimpunkan daripada 42 hadis menjadi 40 hadis sahaja.
 
Kelebihan 2
Koleksi ini sangat penting dan menjadi tumpuan serta rujukan umat Islam disebabkan kepentingannya sebagai asas utama atau pokok ajaran dalam agama Islam.
 
Kelebihan 3
Matannya ringkas tetapi mampu memberikan makna yang luas dan mendalam bagi menjelaskan ruang lingkup agama.
 
ISBN : 978-967-388-308-0
 
Tarikh Terbit : Jun, 2017
 
Jumlah Muka Surat : 328

 

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers