Welcome visitor you can login or create an account.

Bahaya Memahami Hadits Tanpa Melihat Konteks

Product viewed: 807

Bahaya Memahami Hadits Tanpa Melihat Konteks

Buku ini aslinya dikarang dalam bahasa Inggeris berjudul "Importance of Understanding the Text and the Context of Hadith" terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis. Ianya diberikan secara percuma untuk meningkatkan kefahaman terutamanya bagi orang bukan Melayu dalam memahami keluasan pengertian sesuatu hadis yang mereka gagal fahami atau telah disalah ertikan oleh golongan-golongan tertentu. Ia sebuah kajian komprehensif dalam ilmu asbab wurud yang merupakan khazanah peradaban umat Islam. Buku ini adalah ringkasan kepada kajian ‘sebab turun’ hadis hingga termaktub sesuatu perkara dalam agama Islam. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja dari orang awam hinggalah ke orang bukan Islam sekalipun.
 
Pengarang buku ini Dr MAZA telah membentangkannya (bedah buku) di Muktamar Malaysia Islamic Study Group, di Houton, Texas dan di Daffodil International University, Bangladesh. Bagi kami orang Perlis memang bertuah kerana dapat naskah bernilai ini secara percuma. Saya turut mengedarnya kepada beberapa kenalan. Ketika saya melawat Xifu Nasser di UIA buat kali pertama, saya turut hadiahkan beliau buku ini.
 
 
Kisah bagaimana buku ini diterjemah ke Bahasa Indonesia dan diterbitkan label dari Jakarta juga menarik. Ia bermula dari saudara-saudara manhaj salaf yang ketemu video-video kuliah Dr Maza sekaligus menarik minat mereka untuk mengenalinya. Mereka turut mengatur lawatan Dr Maza ke pesantren-pesantren di Jawa Timur pada tahun 2015, bertandang ke rumah Dr Maza di Pulau Pinang dan akhirnya Ustaz Teguh Iman Perdana telah berusaha menterjemahkan karya ini sebagai langkah perkenalan kepada pemikiran-pemikiran tajdid dan jambatan untuk menghubungkan Dr MAZA dengan masyarakat Indonesia.
 
CREDIT TO = http://ra1m1.blogspot.my/2018/02/bahaya-memahami-hadits-tanpa-melihat.html
 
 
 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Tags:
×
×
×
×
×
×
×