Kisah 25 Filsuf Barat

Kisah 25 Filsuf Barat
Click image for Gallery
  • Product Code: PTS0610
  • Availability: In Stock
  • RM25.00 RM23.80
+
-


Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.
Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.
Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.
Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.
--------------------
Isi Kandungan:
 
SOKRATES
Latar Belakang
Diangkat Nujum
Kebijaksanaan Sokrates
Kaedah Sokratik
Pendakwaan
 
PLATO
Latar Belakang
Pasangan yang Baik
Keindahan
Pembaharuan Masyarakat
Athens Perlukan Idola Baru
Memikirkan Semula Tentang Demokrasi
Doxa
Alegori Gua
Maksud Di Sebalik Alegori Gua
Kaedah Sokratik
Mengapa Tidak Berkonfrontasi?
Acuan
Teori Kewujudan Acuan
Tradisi Ilmu
 
SOFIS
Latar Belakang
Sifat Sofis
Protagoras
Gorgias, Thrasymachus, dan Kallikles
 
ARISTOTLE
Latar Belakang
Apakah yang Membuatkan Manusia Bahagia?
Apakah Tujuan Seni?
Katharsis
Apakah Kegunaan Kawan?
Bagaimana Idea Dapat Diketengahkan dalam Dunia yang Sibuk?
 
EPIKURUS
Latar Belakang
Hubungan Romantik
Duit
Cara-Cara Menjadi Gembira
Pengaruh Epikurus
 
STOICISME
Pendahuluan
Latar Belakang
Keresahan
Kemarahan
Perasaan Malang
Kehilangan Perspektif
Kematian Seneca
 
AUGUSTINE
Latar Belakang
Tentang Kesempurnaan Manusia
Tentang Aturan Sosial yang Adil
 
AQUINAS
Pengenalan
Latar Belakang
Peraturan Sekular dan Peraturan Ilahi
Konteks Idea Aquinas
 
MONTAIGNE
Latar Belakang
Kebongkakan Akal
Memperbaiki Tanggapan terhadap Normaliti
Mengiktiraf Had Intelek
Kebiasaan Kehidupan
Penutup
 
DESCARTES
Latar Belakang
Kepentingan Introspeksi
Kaedah Keraguan
Aku Berfikir, Maka Aku Ada
Bawa Bertenang dan Berfikir
Keghairahan Jiwa
 
LA ROCHEFOUCAULD
Latar Belakang
Aforisme
Cinta
La Rochefoucauld dalam Konteks Moden
 
PASCAL
Latar Belakang
Fikiran-Fikiran
Aforisme Pascal
Penghancuran Harapan
Pengakhiran Hidup
Optimisme dan Pesimisme dalam
Pemikiran Sekular dan Beragama
 
SPINOZA
Latar Belakang
Konsep Tuhan
Konsep Doa
Jenaka Georga Carlin tentang Doa
Pengkajian Alam
Pengusiran Spinoza
 
HUME
Latar Belakang
Perasaan dan Hujah Akal
Agama
Akal Budi
Etika
Rumusan
 
KANT
Latar Belakang
Karya-Karya Utama
Perintah Mutlak
Wacana Politik
Kritikan terhadap Penilaian
 
BURKE
Latar Belakang
Maksud Keluhuran
Keluhuran dalam Praktis Keagamaan
 
HEGEL
Latar belakang
Setiap Zaman ada Kebijaksanaan Masing-Masing
Belajarlah daripada Idea yang Tidak Disukai
Kemajuan adalah Bersemak dan Kotor
Seni Mempunyai Tujuan
Masyarakat Memerlukan Institusi-Institusi yang Baru
 
SCHOPENHAUER
Latar Belakang
Kemahuan-untuk-Hidup dan Perasaan Romantik
Projek Membuat Anak
Percanggahan Kemahuan-untuk-Hidup dan Cinta
Manusia dan Cencurut Hutan
Penyelesaian
Akhir Hayat
 
KIERKEGAARD
Latar Belakang
Cinta dan Perkahwinan
Keresahan dan Kegelisahan
Penyelesaian
 
NIETZSCHE
Latar Belakang
Mengakui Kecemburuan yang Dimiliki
Jangan Menjadi Kristian
Jangan Minum Arak
“Tuhan sudah Mati”
Manusia Super
Ciri-Ciri Manusia Super

 

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers