MEMBONGKARKAN SEJARAH KERAJAAN MELAYU PURBA

MEMBONGKARKAN SEJARAH KERAJAAN MELAYU PURBA
Click image for Gallery
  • RM38.90 RM37.00
+
-


Kadar celik huruf yang tinggi dan pendidikan yang tinggi telah merangsang orang Melayu untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya. Orang Melayu bukanlah orang buta sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan orang Melayu telah mempunyai tamadun antara yang terawal di dunia. Penemuan Tamadun Sungai Batu di Merbok Kedah yang berusia sekitar 2600 tahun telah membuka mata masyarakat dunia tentang bangsa Melayu. Oleh itu, buku ini akan membawakan kepada anda mengenai kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Asia Tenggara. Sebanyak 15 buah Kerajaan Melayu telah dipilih dalam siri ini iaitu: Kerajaan Champa Kerajaan Funan Kerajaan Gangga Negara Kerajaan Bruas Kerajaan Pan Pan Kerajaan Chih Tu Kerajaan Tan Tan Kerajaan Srivijaya Kerajaan Melayu Kerajaan Manila Kerajaan Besut Darul Iman Kerajaan Sarawak Darul Hana Kerajaan Demak Kerajaan Perlak Kerajaan Sulu Selain sesuai untuk bacaan umum, buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru di sekolah terutamanya guru sejarah kerana beberapa kerajaan Melayu yang hilang ini turut disebutkan dalam buku teks. Ini secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuan guru sekaligus dapat berkongsi dengan pelajar di dalam kelas yang akan membawa kelainan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Pelajar tentunya akan seronok apabila dapat mendengar benda baharu yang tiada dalam buku teks

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers