Categories
CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus ke +6019-5706879

CARA PEMBAYARAN

- Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah  PERCUMA  untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)

Membongkar Misteri di Sebalik The Arrivals

Membongkar Misteri di Sebalik The Arrivals
Brand: HIjjaz Records Publishing
Product Code: HRP019
Availability: In Stock
Price: RM35.90 RM34.10
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Membongkar Misteri di Sebalik The Arrivals

Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu menulis semua ini;
mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.

Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals. Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.

Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda
mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis
akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu
membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara
bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di
bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal
Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru
dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan
hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi
pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Dibina oleh KedaiOnlinez.com
BukuOnline2u.Com © 2019