Belajar Romantis

Belajar Romantis
Click image for Gallery
  • RM18.90 RM13.20
+
-



Tags: belajar, romantis, wanita

Karya: Zainuddin Qasim

Wanita memang sering mempesona dengan penampilannya. Namun, apabila seorang lelaki menjadi begitu mempesonakan isterinya, tentu ada banyak kejutan dalam sifat, tingkah laku dan keperibadiannya.
Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah kenikmatan dan sebaik-baiknya kenikmatan dunia adalah wanita yang solehah.”

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang unik. Lebih sukar menyelami perasaan wanita, dan kedalaman potensi diri mereka berbeza menilai harga emas atau memilih-milih durian yang berkualiti. Sebagaimana perasaannya yang sukar diketahui, wanita juga menyimpan potensi yang boleh membentuk dua kemungkinan berbeza.

Pertama, menjadi manfaat kepada orang yang di sekitarnya. Kedua, menjadi bencana dan malapetaka bagi setiap orang yang hidup berinteraksi dengannya. Apabila seorang wanita menyelimuti dirinya dengan pelbagai perkara yang dapat memelihara potensi dirinya agar tidak berkembang menjadi sumber bencana lalu menghiasi diri dengan pelbagai perkara yang dapat menghalang kemampuannya memberikan yang terbaik, maka dia akan menjadi anugerah kepada sesiapa sahaja terutama kepada suaminya.Ketika itulah, dia dapat disebut sebagai WANITA SOLEHAH. Kesolehannya diukur bukan berdasarkan seberapa khusyuk ketika solatnya atau seberapa banyak ayat al-Quran yang dibaca pada setiap harinya. Tetapi diukur dengan seberapa besar dia mampu mengendalikan diri agar menjadi yang terbaik bagi sesiapa sahaja dan segala itu hanya dapat dicapai dengan berpegang pada aturan dan bimbingan Yang Maha Kuasa melalui penerapan ajaran-ajaran Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Wanita memang sering mempesona dengan penampilannya. Namun, apabila seorang lelaki menjadi begitu mempesonakan isterinya, tentu ada banyak kejutan dalam sifat, tingkah laku dan keperibadiannya. Apabila pesona itu hanya daripada ketampanannya, daya pesonanya tentu akan biasa-biasa sahaja.Dia akan menjadi suami tampan yang membuat kecemburuan kawan-kawan wanita isterinya. Tidak lebih daripada itu. Sekiranya lebih, hanya ada pada kecemasan seorang isteri apabila seorang suami membuat maksiat. Tetapi apabila pesona itu lahir daripada keperibadian yang ditempa dengan didikan Ilahiyyah dengan petunjuk wahyu, dia akan menjadi suami yang luar biasa. Kesempurnaan memang hanya milik Allah SWT. Walaupun mustahil untuk sempurna, suami dengan daya yang mempersona seperti itu pasti akan membuatkan isterinya tidak keruan, ingin selalu berdampingan dengannya, rindu ketika berjauhan, mengharapkan suami sentiasa di sampingnya dan berhasrat seandainya mereka berdua boleh bergandingan bersama sebagai suami isteri di akhirat kelak.

Aduhai suami, aduhai isteri, melangkahlah ke alam rumah tangga dengan romatis, gapailah reda Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kalian akan terus bahagia hingga ke alam sana

 

Write a review

Please login or register to review

Related Products

Bestsellers