Welcome visitor you can login or create an account.

FORMULA SOLAT SEMPURNA

Product Code: TBSB069
Availability: In Stock
Sale FORMULA SOLAT SEMPURNA
Product viewed: 9372
RM26.60 RM28.00
Save: 5%

FORMULA SOLAT SEMPURNA

Pengarang : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 174 mukasurat

“Formula Solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan amalan-amalan sunat dalam solat berserta rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang dikira terbaik dari hasil nukilan ijtihad para ulama hadis dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, Hinggakan mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam pengajian ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid dari Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan puncda kehilangannya dewasa ini.

Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat beserta dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menuruti mazhab Syafie atau lainnya.”

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



×
×
×
×
×
×
×