Iqra' At-Taisir PTS

Iqra' At-Taisir PTS
Click image for Gallery
  • RM19.00 RM18.00
+
-



Tags: iqra' at-taisir pts, bukuonline2u, pts

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
Tarikh Terbit: 14 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 200

Membaca Al-Quran dengan Teknik yang Betul: Iqra’ At-Taisir

Buku ini adalah buku siri bacaan Iqra' untuk membimbing anak-anak belajar membaca Al-Quran.

Ia mengandungi huruf-huruf bacaan beserta gambar yang menarik bagi mengambarkan huruf tersebut.

Buku ini dapat menarik minat anak-anak untuk belajar Al-Quran kerana kaedah dan gambar-gambar yang terdapat dalam buku ini menarik dan berwarna warni.

Di samping itu, anak-anak juga dapat mempelajari hukum-hukum berkaitan Al-Quran seperti tanwin, tanda sukun, hukum nun sakinah, hukum mad, cara waqaf dan sebagainya.

Sebuah teknik pembelajaran Al-Quran yang masih mengekalkan tradisi dengan menekankan kemampuan membaca sehingga fasih bersama-sama dengan guru, tanpa memerlukan bantuan alat mengajar yang pelbagai.

Berbeza dengan iqra' lain yang digunakan dahulu di mana kandungan buku ini adalah lebih komprehensif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar membaca setiap suku ayat dalam Al-Quran dengan tertib dan tartil.

Keistimewaan utama Iqra' At-Taisir ini yang utama adalah isi kandungannya yang menerapkan hukum tajwid bagi mendidik pelajar untuk membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Penjelasan dan penyusunan yang mengikut format rasm uthmani, membantu pembelajaran supaya membiasakan diri  apabila mula membaca al-Quran sebenar nanti.

Buku ini juga menggunakan elemen warna secara keseluruhan bagi memudahkan proses pemahaman, terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang ingin belajar membaca Al-Quran dan amat sesuai untuk dijadikan bahan utama pembelajaran.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers