Cik Abang, Sudi Nikah Satu?

Cik Abang, Sudi Nikah Satu?
Click image for Gallery
  • Product Code: SB004
  • Availability: In Stock
  • RM18.00 RM17.10
+
-


Buku terbaru karya Ustazah Fatimah Syarha ini bertajuk 'KAU TERBELA SEBAGAI MUSLIMAH' di datangkan dengan 3 SIRI. Siri Pertama ini bertajuk 'Cik Abang, Sudi Nikah Satu?'

Buku ini membincangkan tentang topik kekeluargaan berteraskan Fiqh al-Awlawiyat. Dalam serba keterbatasan, umat berhajat kepada kebijaksanaan para ilmuan untuk mengajar tentang Fiqh al-Awlawiyat. Iaitu mengajar umat bagaimana meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Ya, sudah tentu ada khilafnya nanti. Apapun, the best will win.

Kita mahukan segala perkara diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil tanpa ada mana-mana bahagian yang diabaikan atau dirugikan. Firman Allah :
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.” [Surah al-Rahman: 8-9].

Kandungan buku ini:

Bab 1 Al Quran dan Tafsir
Bab 2 Hadis dan Penjelasan
Bab 3 Pandangan Fiqh
Bab 4 Pandangan Para Ilmuan
Bab 5 Dialog Islam Kristian Tentang Poligami
Bab 6 Hikmah Monogami
Bab 7 Hikmah Poligami
Bab 8 Fitrah Cemburu
Bab 9 Kisah Masyarakat
Bab 10 Dari Fail Perundangan
Bab 11 Jika Anda Memilih Monogami
Bab 12 Jika Anda Memilih Poligami
Bab 13 Artikel Antarabangsa

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers