Bisnes Aiskrim: Panduan Jana 5K Sebulan (E-Book)

Bisnes Aiskrim: Panduan Jana 5K Sebulan (E-Book)
Click image for Gallery
  • Product Code: EBOOK001
  • Availability: In Stock
  • RM250.00 RM60.00
+
-


 

Tengah Cari 'Side-Income' Yang Boleh Menjana RM5k Sebulan Secara Part-Time Pada Hujung Minggu Tanpa Perlu Berhenti Kerja Serta-merta?

 

Tahukah Anda? Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat angka sebulan dengan hanya berniaga ais krim? Baca sampai habis untuk ketahui bagaimana caranya..

Dari Meja Pengemudi Stall Aiskrim : 
Afiq Dato’Rusly, 
Jurulatih Usahawan Makanan & Masakan Komersial Terkemuka Malaysia

RE: Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat rakan-rakan usahawan & bakal usahawan makanan...

Tahun 2015 adalah tahun yang mengerikan.  

Mana taknya, dengan isu-isu ekonomi semasa yang makin hari makin menjadi-jadi. Kejatuhan mendadak nilai ringgit dan ditambah dengan pelaksanaan GST (6%) membuatkan kos sara hidup meningkat kaw-kaw punya…

Bil api eletrik dah naik, kadar tol dah naik, harga-harga barang-barang runcit semakin mahal, barang basah seperti daging, ikan, ayam tak nampak ura-ura akan menurun…
Saya amat pasti anda juga akan bersetuju dengan kenyataan saya ini. Ia secara tidak langsung menambah beban yang selama ini kita tanggung.

Gaji Bawah RM3000 sebulan, Serius Tak Cukup…

Dengan nak bayar kos pendidikan anak. Nak sara anak isteri makan minum. Nak belikan pakaian yang mereka selesa & cantik. Nak bawa mereka jalan-jalan. Biasanya tak cukup…

Tapi kita mesti coool!!

Saya percaya majoriti rakyat Malaysia ada masalah kewangan. Namun, orang yang bijak tidak akan lari daripada masalah.

Sebaliknya mereka berfikir, bagaimana cara nak menyelesaikan-nya. Salah satu caranya adalah menambah jumlah ‘Side-Income’ kita…

Kerja tetap anda masih boleh diteruskan. Itu kerjaya utama anda. Apa yang saya nak bongkarkan ni adalah pendapatan sampingan yang boleh menjana RM5 ribu sebulan…

Nampak menarik kan?

Dengar macam mudah… tapi bagaimana nak tambah pendapatan sampingan tanpa ganggu kerja utama kita?

Cara yang terbaik saat ini ialah ...

Memulakan Bisnes Aiskrim

Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa… Inilah salah-satu perniagaan yang...

Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya.. siapa lah saya ini yang nak sembang tentang Bisnes Aiskrim ni.

Betul tak?

Izinkan saya berkongsi serba-sedikit mengenai perihal latar-belakang diri saya ...

Siapa Brader Ni Nak Sembang Lebat Tentang Bisnes Aiskrim? Power Sangat Ke? Ada Pengalaman Ke?


http://www.bisnesburger.com/images/afiq.jpgBaiklah, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu ...
Nama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.

Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni :-)

Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy

Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li

Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah

Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan.

Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama.

Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat

Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.

 

 

 

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers