Welcome visitor you can login or create an account.

Nota Parenting Ohsem

Product viewed: 40

Nota Parenting Ohsem

Terkedu saya bila mendengar pengakuan seorang budak lelaki ni yang memang suka lawan mak dan ayahnya

 

"Bayi ibarat kain putih, Ibu Bapalah yang mencorakkannya." Masyhur ayat tersebut di kalangan masyarakat kita, menunjukkan betapa ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk anak-anak. Tidak dapat tidak, sebagai guru pertama kepada generasi mendatang, ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan kebibubapaan, agar anak-anak di bawah naungan masing-masing membesar dengan baik, sihat dan soleh.

 

Paling kesian si ayah budak ni lah. Sampai tahap si ayah tu boleh menangis bila anaknya dah jadi bengis macam tu. Orang laki menangis ni bukan benda biasa. Tu tandanya jiwa si ayah ni dah cedera teruk sangat dah tu.

Biasanya anak-anak akan jadi melawan camni sebab mereka rasa tak DIDENGARI. Tiap hari kita sibuk kan. Walaupun kita sibuk untuk bagi nafkah anak-anak tapi anak-anak bukannya faham lagi. Yang mereka faham adalah mereka perlukan juga nafkah emosi daripada kita.

Lama kelamaan bila nafkah emosi ni tak dipenuhi dan didengari, perlahan-lahan ia akan menjadi dendam dalam diri si anak. Tu yang akhirnya dendam tu tadi meletus dan akhirnya anak tu boleh jadi bengis dan memberontak.

Tu la kenapa saya suka ajar mak ayah untuk buat teknik PACING & LEADING. Bila anak mengadu benda remeh temeh sekalipun kita kena amik satu waktu untuk letakkan segala jenis gadget dan dengar dengan penuh perhatian keluhan mereka.

Bila emosi mereka ketika mengeluh tu adalah SEDIH, kita kena buat emosi kita seakan sedih juga ( ni namanya PACING ). Lepas dah ‘pacing’ tu la baru kita boleh nasihat anak untuk ubah mood mereka ( ni namanya LEADING ). Baru la mereka rasa keluhan mereka didengari dan dihargai.

Ni kalau kita terus nasihat anak sambil buat muka ‘poker face’ anak akan anggap kita ni tak faham apa sebenarnya yang mereka rasakan. Tu yang akhirnya benda tu akan menjadi dendam dan meletus bila mereka dah pandai berdikari suatu hari nanti.

Tolong sampaikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa yang lain juga ye.

 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Tags:
×
×
×
×
×
×
×