Categories
CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus ke +6019-5706879

CARA PEMBAYARAN

- Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah  PERCUMA  untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)

ISRA'ILIYYAT, HADITH MAUDU' & FITNAH SIRAH DI ALAM MELAYU - Israiliyyat Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu

ISRA'ILIYYAT, HADITH MAUDU' & FITNAH SIRAH DI ALAM MELAYU - Israiliyyat Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu
Product Code: ETC 477
Availability: In Stock
Price: RM35.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

ISRA'ILIYYAT, HADITH MAUDU' & FITNAH SIRAH DI ALAM MELAYU - Israiliyyat Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu

“Kerancuan pemikiran Islam-Melayu-Nusantara berkaitan sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan Islam di Alam Melayu”.

Ketiga-tiga topik tersebut sampai kepada orang awam sebagai cerita atau kisah yang dipanjangkan melalui ceramah atau penulisan yang bersifat keagamaan. Biasanya yang menyampaikannya pula adalah golongan agamawan sama ada daripada kalangan ilmuwan atau penceramah kebanyakan. Cerita-cerita dan kisah-kisah yang menjadi modal ceramah dan penulisan ini pula adalah berkaitan dengan perkara Ghaybiyyāt atau Samʿiyyāt, sekali gus ia berkaitan urusan ʿAqīdah. Tapi sumbernya diambil daripada pelbagai sumber yang tidak autentik, mudahnya bersumberkan selain daripada al-Qur’ān dan al-Ḥadīth al-Ṣaḥīḥah.

Sumber kisah-kisah pelik dan ajaib itu kadang-kadang mimpi si polan, kadang-kadang daripada buku yang tidak menyatakan sumber, kadang-kadang bersumberkan daripada rujukan aliran selain Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah seperti Shīʿah dan seumpama. Sedangkan sumber bagi apa-apa sahaja yang mahu dinisbahkan kepada perkara dan alam ghaib HANYALAH al-Qur’ān dan al-Ḥadīth al-Ṣaḥīḥah, dan ini merupakan Uṣūl dalam Iʿtiqād/ ʿAqīdah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah.

Terlalu banyak ayat al-Qur’ān dan al-Ḥadīth yang menjelaskan bahawa sumber alam dan perkara ghaib hanya, mesti, wajib, tidak boleh tidak adalah al-Qur’ān dan al-Ḥadīth al-Ṣaḥīḥah sahaja. Bagaimana ia seakan tidak difahami tuntas oleh kita!? Malah sebahagiannya adalah agamawan sendiri… terdapat 46 ayat yang mempunyai kalimah الغيب menurut Shaykh Dr. Muḥammad Fū’ad ʿAbd al-Bāqi (r.h.) dalam al-Muʿjam al-Mufahras li Alfāẓ al-Qur’ān yang mana jika ditadabburkan pasti kita akan tahu di mana tidak kenanya kefahaman keimanan kepada perkara dan alam ghaib dalam kalangan kita. Tidak fahamnya kita hakikat yang hakiki yang menjadi tuntutan syariat Islam dalam keimanan terhadap perkara dan alam ghaib melahirkan seorang Muslim yang beriman kepada semua rukun iman dan melaksanakan semua rukun Islam dengan sempurna namun dalam masa yang sama masih menerima dan melaksanakan sesuatu yang boleh mencederakan Iman dan Islamnya sendiri. Lahir generasi yang bertaʿabbud (iyyāka naʿbudu) kepada Allah namun tidak total dan mutlak berastaʿīn (wa iyyāka nastaʿīn) kepada-Nya, ini sungguh ironi. Beribadah kepada Allah namun menjadikan bomoh, pawang, dukun, poyang, tangkal-mangkal, sial-majal, kubur/orang mati sebagai WASILAH untuk memohon pertolongan juga daripada Allah. Sedang banyak ayat al-Qur’ān dan al-Ḥadīth menyuruh kita meminta terus kepada Allah tanpa wasilah yang tidak Sharʿī.

Kesimpulannya, kesan tidak berhati-hati dan tidak meningkatkan sensitiviti dalam menyampaikan dan menerima riwayat-riwayat tentang Ghaybiyyāt atau Samʿiyyāt yang paling utama adalah boleh merosakkan ʿaqīdah malah melahirkan ritual-ritual bidʿah yang akhirnya mampu menjerumuskan seseorang itu ke lembah kesyirikan kepada Allah - naʿuzubi’Llāhi min dhālik. Lihatlah bagaimana tokoh-tokoh utama ajaran yang sudah difatwakan sesat berkaitan Islam menggunakan cerita-cerita rekaan berkaitan perkara dan alam ghaib untuk mendoktrinkan pengikut mereka bahawa diri mereka punya kelebihan tertentu berbanding orang lain, biasanya dinamakan sebagai ‘karāmah’, kerana nabi dan rasul punya ‘muʿjizāt’!

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Dibina oleh KedaiOnlinez.com
BukuOnline2u.Com © 2019