Categories

Set Tafsir Ibnu Kathir - 10 Jilid + Premium Box

Set Tafsir Ibnu Kathir - 10 Jilid + Premium Box
Set Tafsir Ibnu Kathir - 10 Jilid + Premium Box
Product Code: ETC016
Availability: In Stock
Price: RM700.00 RM450.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Set Tafsir Ibnu Kathir - 10 Jilid + Premium Box

 

Kitab yang mengandungi 10 jilid buku yang merangkumi tafsiran lengkap 30 juzuk dari  Al-Quran..
 
PENGENALAN TAFSIR IBNU KATSIR
 
Siapa yang tidak pernah dengar Tafsir Ibnu Katsir? Nama tafsir ini tidak asing langsung bagi penuntut-penuntut Pengajian Islam, sama ada di luar negara, mahupun di Malaysia. Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang paling muktabar (berperanan besar) dalam dunia ilmu Islam. Ia menjadi rujukan ulama-ulama tafsir sepanjang zaman. Kehebatan tafsir ini bukan sahaja kerana kandungannya, malahan kerana ke’aliman penulisnya yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Kini, tafsir ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu (Indonesia), bagi membantu bangsa atau umat Islam yang tidak mampu memahami bahasa Arab dapat menatap kitab yang penuh keberkatan ilmu ini. Tafsir yang saya paparkan ini bukan ringkasan atau muktasar, tetapi ia merupakan terjemahan lengkap dari judul asli.
 
PENGARANG KITAB
 
Ia dikarang oleh  Al-Hafidz ‘Imaduddin Abul Fida’ Ismail bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi, seorang ulama yang amat Faqih dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu pada abad ke-8 Hijrah. Beliau juga digelar Al-Hafidz, iaitu gelarang bagi mereka yang menghafaz beribu-ribu teks Hadith Nabi SAW. Selain itu, beliau juga merupakan penulis yang sangat giat menghasilkan karya-karya yang ilmiah. Di antara kitab beliau yang terkenal berjudul Al-Bidaayah wan Nihaayah.
 
METHOD PENULISAN
 
Tafsir ini mengambil method penulisan Tafsir bil Ma’thur, method yang diakui sahih, tepat dan benar kerana menyandarkan penafsiran ayat Al-Quran dari sumber yang disepakati kebenarnya, iaitu :
Al-Quran dengan Al-Quran
Al-Quran dengan Hadith Nabi SAW (Setiap hadith telah dinyatakan sumbernya)
Al-Quran dengan pendapat ulama Salafus Soleh dari kalangan Sahabat dan Tabi’en
PEGANGAN AQIDAH PENULIS
 
Ibnu Kathir merupakan seorang ulama yang berpegang kepada aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengikut manhaj Salafus Soleh dalam beragama, baik dalam masalah ‘Aqidah, ‘Ibadah mahupun Akhlak.
 
JUDUL ASAL
 
Tafsir Ibnu Katsir yang saya paparkan ini diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’i (Indonesia), Cetakan Tahun 2008. Ia merupakan terjemahan daripada kitab asal :
 
Judul Asal : (لباب التفسر من ابن كثير) : Lubaabut Tafsir Min Ibnu Katsiir.
Di semak oleh : Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
Diterbitkan oleh Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo, Cetakan Pertama, Tahun 1414 H – 1994 M
MENGAPA ANDA PERLUKAN TAFSIR INI?
 
Tafsir ini bukan sekadar terjemahan, bahkan di dalamnya memuatkan hukum-hukum Fiqh 4 mazhab terbesar (Syafie, Maliki, Hanbali & Hanafi). Terdapat juga pandangan-pandangan ulama lain yang diiktiraf. Penulis Tafsir Al-Azhar, Prof. Dr. HAMKA juga merujuk tafsir ini dalam menghasilkan kitabnya.
 
 
Berukuran 18.5  x 25.5 cm
Hardcover beserta rak
10 jilid lengkap

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Dibina oleh KedaiOnlinez.com
BukuOnline2u.Com © 2014