Mens Sana In Corpore Sano (Minda Yang Sihat Dari Tubuh Yang Sihat)

Mens Sana In Corpore Sano (Minda Yang Sihat Dari Tubuh Yang Sihat)
Click image for Gallery
  • RM17.00 RM16.15
+
-



Tags: mens sana in corpore sano (minda

 

Kumpulan kupasan politik yang kejang;
Sesungguhnya politik adalah salah satu daripada pendekatan amalan Rasulullah s.a.w., ini kerana baginda bukan sahaja dikenali umum dalam kalangan muslim dan bukan Islam sebagai utusan Allah, akan tetapi dikenali juga sebagai seorang pemimpin negara yang hebat dalam segenap urus-tadbir dengan baik. Apa yang disalah tanggap oleh kebanyakan masyarakat awam bahawa politik itu adalah kotor, merupakan satu pandangan atau persepsi negatif.

Yang jadi masalah kepada kita hari ini, persepsi seumpama itu masih terbelenggu dalam minda sesetengah umat Melayu yang berfikiran sempit mengenai politik, apatah lagi politik yang bersangkutan dengan aspek kebangsaan atau rasis. Justeru kita amat perlu kepada satu analisis politik daripada pemerhatinya yang berjiwa Qurani bagi mengembalikan gambaran politik kepada bentuk asalnya yang murni seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kehadiran buku ‘Mens Sana In Corpore Sano’ hasil sentuhan tulisan serta pengamatan mantan wartawan Utusan Melayu yang juga Pengasas Akhbar Harakah yang tidak asing lagi, iaitu Tuan Haji Subky Abdul Latif, juga mantan Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya ini, penulis memuatkan beberapa siri pengamatan beliau mengenai politik tanah air berkisar mengenai kepincangan perjalanan politik yang tidak berasaskan kepada Islam. Dari sekecil-kecil permasalahan hinggalah kepada sebesar-besarnya diceritakan oleh penulis dalam tulisan ini sebagai renungan bersama, kerana bacaan politik seorang wartawan begitu tajam berbanding dengan yang lain, justeru ia menjadi pertimbangan kepada umum.

Penulis mengemukakan pandangan bacaannya mengenai amalan politik tanah air dalam pelbagai dimensi, sama ada menyentuh keperibadian seseorang individu, ataupun mengenai kepartian dan hala tuju politik peringkat nasional dan negeri, sebagai contoh pengamatannya tentang kedudukan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) yang berpotensi menggantikan Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor dan pelbagai isu-isu terkini yang sewajarnya dibaca oleh kebanyakan masyarakat awam. 

 

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers