Categories
CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus ke +6019-5706879

CARA PEMBAYARAN

- Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah  PERCUMA  untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)

Stop Neraka: Kisah Inspiratif Ahli Syurga

Stop Neraka: Kisah Inspiratif Ahli Syurga
Brand: Kemilau Publika Sdn Bhd
Product Code: KEM086
Availability: In Stock
Price: RM20.00 RM19.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Stop Neraka: Kisah Inspiratif Ahli Syurga

 

oleh Misbah Em Majidy
 
Jumlah Muka Surat: 354
 
Harga: RM20.00
 
 
Setiap manusia pasti berharap dan ingin beroleh kebahagiaan hakiki, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah menjanjikan syurga bagi para hamba-Nya yang istiqamah menjalankan ketaatan beribadah dan beramal soleh yang diniatkan semata-mata demi meraih reda-Nya. “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya.”(At Taubah: 72)
 
Allah berfirman, “Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh itu, bacalah kalau kamu suka ayat al-Quran: seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu; bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah: 17)”
 
Sesungguhnya jalan meraih syurga Allah adalah ditentukan oleh atas keimanan dan niat amalan sepanjang hidup di dunia ini.  Manusia yang utuh beriman kepada Allah, banyak beramal soleh semasa  hidupnya dan tiada yang dituju ibadah dan amalnya hanya mencari reda Allah, nescaya dadanya dipenuhi dengan rasa tenteram dan bahagia. Sebaliknya, manusia yang kufur dan banyak berbuat jahat (zalim), nescaya dadanya sempit dan dihinggapi kegelisahan tidak berhujung.
 
 
 
Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya.
 
Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga.
 
Selamat membaca!

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Dibina oleh KedaiOnlinez.com
BukuOnline2u.Com © 2019