AL-QURAN AL-KARIM AR-RAHMAN – AL-QURAN TAJWID & TERJEMAHAN(SAIZ A4)

AL-QURAN AL-KARIM AR-RAHMAN – AL-QURAN TAJWID & TERJEMAHAN(SAIZ A4)
Click image for Gallery
  • Product Code: SM005
  • Availability: In Stock
  • RM80.00 RM76.00
+
-


Description

Keunggulan Produk Al-Qur’an Tajwid dan Terjemahan
Ruang “Asbabun Nuzul”
Asbabun nuzul sangat penting untuk diketahui, terutama dalam
memahami ayat-ayat Al-Qur’an. Banyak ulama yang berpendapat
tentang pentingnya asbabun nuzul dalam mentafsirkan dan memahami
ayat-ayat Al-Qur’an. Bahkan, sebelum mentafsirkan Al-Qur’an, langkah
pertama yang dilakukan oleh mufasir adalah mengetahui asbabun
nuzul ayat.
Al-Wahidi berpendapat, “Mentafsirkan ayat tanpa bertitik tolak
dari sejarah dan penjelasan turunnya tidaklah mungkin.”
Ibnu Daqiq Al ‘Id berpendapat, “Keterangan tentang asbabun nuzul
adalah salah satu jalan yang tepat dalam memahami Al-Qur’an.”
Ibnu Taimiyah berpendapat, “11mu asbabun nuzul akan
membantu dalam memahami ayat kerana ilmu tentang sebab akan
menimbulkan ilmu tentang akibat.”
Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari asbabun nuzul
adalah sebagai berikut.

  1. Membawa kepada pengetahuan tentang rahsia dan tujuan
    AllahSwt. secara khusus mensyariatkan agama-Nya melalui Al-Qur’an.
  2. Membantu dalam memahami ayat Al-Qur’an.
  3. Dapat mengkhususkan (takhsis) dalam menentukan hukum

berdasarkan sebab turun ayat jika berpegang kepada pendapat
ulama yang berpendapat bahawa yang mesti diperhatikan adalah
kekhususan sebab, bukan keumuman lafal.
Oleh kerana itu, dalam Al-Qur’an Tajwid dan Terjemahan ini disa-
jikan ruang “asbabun nuzul” ayat untuk mempermudah memahami
ayat-ayat Al-Qur’an.

Ruang “Fadhilat Ayat”
Ruang “Fadhilat Ayat” dalam Al-Qur’an Tajwid dan Terjemahan
ini berisi tentang keutamaan-keutamaan ayat. Dengan adanya ruang
ini, diharapkan dapat menambah wawasan dan motivasi untuk
mengamalkan Al-Qur’an. Mengetahui fadhilat ayat sangat penting
agar lebih memantapkan dalam mengerjakan suatu amal ibadah yang
didasarkan kepada ilmu.

Ruang “Hadith tentang Al-Qur’an”
Ruang ini berisi hadis-hadis yang berhubungan dengan ayat
Al-Qur’an. Isi dari hadith-hadith ini ada yang berupa informasi,
motivasi, ancaman, dan ibrah.
Ruang hadith ini merupakan salah satu hadith yang boleh
dijadikan rujukan pula oleh para pengajar atau para ustaz/guru
untuk dijadikan bahan mengajar atau bahan ceramah.

Indeks Tematik
Indeks Al-Qur’an ini disusun seperti berikut ini.

  1. Susunan indeks tematik berdasarkan empat tema pokok Al-Qur’an,
    iaitu akidah, akhlak, syariah, dan sirah (kisah).
  2. Keempat tema pokok tersebut kemudian diklasifikasikan ke dalam
    15 (lima belas) bagian arkanul Islam, iman, Al-Qur’an, ilmu, amal,
    dakwah, jihad, manusia, harta, hukum, kemasyarakatan, pertanian
    dan perdagangan, sejarah (kisah), dan agama-agama.
  3. Klasifikasi tersebut dijadikan sebagai judul indeks tematik.
    Apabila akan mencari tema yang diperlukan, Anda tinggal
    membuka indeks yang terletak pada lampiran tambahan setelah
    materi “Tanda-Tanda Baca” dengan mencari salah satu judul di
    antara 15 klasifikasi tersebut.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers