Relasi

Relasi
Click image for Gallery
  • Product Code: ETC046
  • Availability: In Stock
  • RM10.00
+
-



Tags: relasi, lain-lain, penerbit

Judul: Relasi
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: YWJ Citra
Tahun: 2009
Bil. mukasurat: 269
Harga: RM26.90

 

Relasi seperti tajuknya adalah berkaitan perhubungan. Saifullah yang tercari-cari erti sahabat itu menghadapi konflik dengan senior yang rapat dengannya, menjadikan dia lebih keliru dengan erti persahabatan. Kemudian diceritakan pula hubungan baiknya dengan juniornya Abbas, adik usrahnya yang selalu bercanda dengannya. Rakan sebayanya yang dahulunya baik dengannya kini menjadi samseng di sekolah pula. Dan kemudian...ada juga bibit cinta timbul antara Saifullah dan Tengku Atikah. Relationatau relasi yang pelbagai ini membentuk novel ini.


Namun seperti novel Hilal yang sebelum ini, pastilah segala-gala yang kita lakukan disandarkan hanya pada Allah. Begitu juga Saifullah. Segala macam konflik jiwa dan fizikal yang menimpanya disandarkan hanya pada Allah. Relasi itulah yang paling diredhai. Dengan menghubungkan cinta pada Allah tentu dihubungkan kita dengan cinta manusia yang juga mencintainya. Sedikit berbeza dengan Terasing, walaupun masih bertunjangkan perhubungan sesama manusia, ia dilebihkan sedikit pada hubungan yang renggang, atau lebih tepat akibat pada putusnya perhubungan. Jadi secara tidak langsung saya boleh katakan Terasing seperti sisi gelap Relasi. Mula-mula mencari erti sahabat, kemudian ada pula persoalan apa jadi bila hilang sahabat? Semacam dua sisi bulan, sebelah terang dan sebelah lagi gelap. Matahari memancar pada sisi yang terang justeru terpantullah kebaikan pada diri kita. Sebaliknya keterasingan dari cahaya itu bakal menggelapkan peribadi kita. Faham maksud saya?

Em, ringkasnya, kita harus mencari teman yang berkawan dengan kita kerana Allah. Jikalau hilang dia hilang sebahagian diri kita. Lebih kurang begitulah. Itulah 'sahabat' yang sebenar dicari Saifullah.

Write a review

Please login or register to review

Related Products

Bestsellers