Solat Tarawih - Fadhilat, Hukum & Hikmah

Solat Tarawih - Fadhilat, Hukum & Hikmah
Click image for Gallery
  • Product Code: PCK030
  • Availability: In Stock
  • RM9.00
+
-


PENULIS : DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

"Sesiapa yang bangun beribadat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu".
- Riwayat al-Bukhari (37), Muslim (759) dan yang lainnya.

Solat Tarawih merupakan salah satu solat nawafil
yang begitu dikenali oleh umat Islam dan disebut-sebut apabila tibanya bulan Ramadhan. Solat sunat ini hanya khusus dikerjakan pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak disunatkan mengerjakannya pada bulan-bulan yang lain. Ia sebagai suatu tambahan kepada solat-solat sunat yang lain yang sedia ada pada bulan yang mulia ini.

Solat tarawih ini dinamakan juga solat malam (Solat Tahajjud). Oleh itu, Imam al-Nawawi menyebut bahawa maksud qiyam Ramadhan itu ialah solat tarawih.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan meningkatkan lagi prestasi amalan kita untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah dan akhirnya layak kita menghuni syurga Allah dan memasukinya melalui pintu Rayyan. Amin.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers