Karya Bestari

About

:: MENGILMUKAN AMALAN MASYARAKAT:: 
LOT 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Mission
MENGILMUKAN AMALAN MASYARAKAT
Company Overview
KARYA BESTARI

DI AWAL PENUBUHAN
Sejak mula beroperasi pada 1978, Karya Bestari aktif menerbitkan buku,
khususnya buku akademik. Bagaimanapun, berikutan pulangan yang lebih segera lagi memberangsangkan bagi pasaran majalah dan akhbar, pengurusan syarikat mula aktif menerbitkan akhbar dan majalah serta memberi tumpuan terhadap penerbitan tersebut melalui Kumpulan Karangkraf.

Kesannya, penerbitan buku menjadi aktiviti sampingan dan Karya Bestari hanya berperanan menerbitkan buku secara kecil-kecilan. Malah, entitinya juga menjadi kecil yang dikenali sebagai Bahagian Buku di Kumpulan Karangkraf.

Namun, segala-galanya berubah pada penghujung 1990-an, apabila pihak pengurusan syarikat mengatur semula hala tuju syarikat. Bagi menyambut minat masyarakat yang sudah mula minat membaca bahan-bahan dalam bentuk buku, maka Karya Bestari diaktifkan kembali.

Entiti fizikalnya juga dipisahkan dari syarikat induk. Maka bermulalah Karya Bestari menerbitkan kitab-kitab rumi mengenai asas agama. Kitab-kitab terjemahan dan persoalan-persoalan semasa juga dikupas dengan lebih mendalam agar visi dan misi kita dalam meraih kehidupan yang diberkati akan mendapat syafaat-NYA.

DAN BERMULA 2010...

Tahun berlalu dan kami terus memacu langkah. Visi dan misi Karya Bestari Mengilmukan Amalan Masyarakat terus dipegang kukuh. Moga setiap ilmu yang dikongsi dapat mengajar kita mensyukuri segala nikmat-NYA sekali gus melayari perjalanan hidup sebagai seorang muslim yang taat lagi berkualiti.


EMPAT genre terbaru Karya Bestari:
KAUTHAR 
– Siri motivasi Islamik yang mengajak kita berhijrah daripada kelemahan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik dan seterusnya yang terbaik. Pengisiannya diibaratkan bagai perlambangan kita sebagai seorang insan; sentiasa inginkan sinar iman di jiwa menghiasi diri dalam mencari kehidupan yang damai, suci dan abadi.

RAUDHAH 
- Siri panduan fiqh, akidah dan kepercayaan yang mengajak kita
mengenal dan mencintai ALLAH dengan mata hati. Sebagai seorang hamba yang berpegang kepada Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yang lima, kita wajib melaksanakan perintah ALLAH sebaiknya dan meninggalkan segala larangan-NYA. Bukankah menunaikan segala ibadat itu adalah satu hubungan antara hamba dengan Khaliknya?

AD-DEEN
- Siri perbandingan agama, kebudayaan, sejarah serta ketamadunan
yang mengajak kita menyelami dengan lebih mendalam sisi unggul pencapaian rohani dan material umat Muhammad. Sesungguhnya Ad-Deen atau ditakrifkan sebagai agama menjadi asas kepada pembentukan roh islami yang akhirnya berjaya mencipta kecemerlangan sebenar, baik di dunia mahupun di akhirat.

SIRI SOAL JAWAB 
- Himpunan kemusykilan yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini. Setiap persoalan dileraikan secara telus dan penyampaiannya dilakukan secara berhemah tetapi berlandaskan tuntutan-NYA. Khusus buat mereka yang tidak berkesempatan untuk bertanya secara berhadapan, kami membawa anda terus bersama `pakar’ dalam bidang masing-masing.

Bulughul Maram

Bulughul Maram

Kitab Bulughul Maram min Adillati al-Ahkam, Karya Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani in..

RM66.50 RM70.00 -5%

Fiqh Sunnah (Hard Cover)

Fiqh Sunnah (Hard Cover)

IQH SUNNAH, BERDASARKAN MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE   •        Kes..

RM80.80 RM85.00 -5%

Hafalan Cepat (Al-Hafiz)

Hafalan Cepat (Al-Hafiz)

Buku Panduan Menghafal Al-Quran Kaedah 3 (Tiga) Jam Hafal 1 Muka Surat Surah Yasin, Al-Kahf, ..

RM14.30 RM15.00 -5%

Hafalan Mudah (Tahfiz)

Hafalan Mudah (Tahfiz)

Buku panduan menghafal Al-Quran Kaedah 5 (Lima) Waktu Solat dalam Satu Hari Surah Yasin S..

RM15.00

Hukum Bermazhab dan Persoalan-Persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab

Hukum Bermazhab dan Persoalan-Persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab

bermazhab dan sejarah bagaimana timbulnya amalan bermazhab. Bahagian kedua pula memberikan penump..

RM14.30 RM15.00 -5%

Jaulah Mencari Ibrah

Jaulah Mencari Ibrah

Ini adalah perjalanan seorang pengembara solo. Meskipun akan bergelar seorang doktor suatu hari nant..

RM20.90 RM22.00 -5%

Journey Through The Quran

Journey Through The Quran

Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam..

RM71.30 RM75.00 -5%

Menjawab Persoalan Menjelaskan Kekeliruan

Menjawab Persoalan Menjelaskan Kekeliruan

Ibarat tsunami ... begitulah reaksi masyarakat bila muncul isu-isu tertentu dan bersifat ‘besar’. ..

RM35.00

RIYADUS SOLIHIN: TAMAN ORANG-ORANG SOLEH

RIYADUS SOLIHIN: TAMAN ORANG-ORANG SOLEH

RIYADUS SOLIHIN: TAMAN ORANG-ORANG SOLEH Imam Nawawi Riyadus Solihin adalah sebuah kitab y..

RM90.30 RM95.00 -5%

SILA BACA JANGAN TIDUR

SILA BACA JANGAN TIDUR

SINOPSIS Adakah mencukupi timbangan amal soleh yang mampu menyelamatkan diri kita dari api ne..

RM23.80 RM25.00 -5%

Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Al-Nawawi

Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Al-Nawawi

Naskhah ini dipersembahkan untuk umat akhir zaman sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. Kese..

RM23.80 RM25.00 -5%

Tahfiz Junior

Tahfiz Junior

Buku Panduan Menghafal Al-Quran Kaedah 5 (Lima) Waktu Solat Dalam Satu Hari Hafalan Mudah ..

RM15.00

The Productive Muslim (Edisi Bahasa Melayu)

The Productive Muslim (Edisi Bahasa Melayu)

THE PRODUCTIVE MUSLIM (EDISI B. MALAYSIA) Mohammed Faris Kita mahu jadi Muslim yang produk..

RM24.70 RM26.00 -5%

Showing 16 to 28 of 28 (2 Pages)