Menghilang Keresahan Mencapai Ketenangan Abadi
Semua orang jika melakukan sesuatu dia mengharapkan akan menjadi amalan yang terbaik. Akan tetapi umumnya di antara kita cuma mengharap amalan yang kita lakukan sama ada berbentuk ibadah dan lain-lain amalan kebajikan hanya menjadi terbaik di dunia dan hanya pada pandangan manudia sahaja atau dengan mengharap ganjaran dan faedah berupa kebendaan (duniawi) dan juga berupa pujian dan sanjungan manusia. Sementara ganjaran pahala dan syurga di akhirat serta memburu keredhaan Allah, jarang-jarang kita perhitungkan.