Allah Kan Ada
Click image for Gallery
Buku ALLAH KAN ADA! dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya.
Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca.
Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti.
Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan peringatan yang Allah hantarkan.
Bersama semua itu, Allah turut hantarkan hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan sengaja Allah biarkan kita melaluinya.
Penulis persembahkan buku ALLAH KAN ADA! ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam kehidupan kita. Selamat membaca buku ini.
Moga ada ibrah dan kebaikan yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.
Bestsellers
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Edisi Baru)
RM42.70 RM44.90 -5%
AL-MA'THURAT KECIL
RM1.00
English Itu Mudah
RM23.00
Mudahnya Menjemput Rezeki
RM18.00
Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak - Edisi Bahasa Melayu
RM38.00 RM40.00 -5%
Al-Quran Waqaf dan Ibtida' (Saiz Besar)
RM66.50 RM70.00 -5%
DIARI HAMIL
RM24.70 RM26.00 -5%
Read Easy Phonics Beginner Level (Edisi Baru Bestari)
RM47.40 RM49.90 -5%
Al-Quran Waqaf & Ibtida' Bertajwid
RM90.00 RM95.00 -5%