Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu - Panduan Makan Di Luar Secara Sihat

Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu - Panduan Makan Di Luar Secara Sihat
Click image for Gallery
  • RM17.00 RM16.20
+
-


Gaya hidup kini menyebabkan ramai yang memilih untuk makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah. Setelah seharian bekerja, pastinya lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga jika memlilih untuk makan di luar.

Hakikatnya, sangat mudah untuk memilih makan di luar kerana banyak gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan.

Persoalannya, terjaminkah apabila memilih makan di luar? Adakah cara yang berkesan untuk makan secara sihat di luar?

Bagaimanakah untuk memilih makanan yang sihat dan berkhasiat apabila makan di luar?

Kewujudan buku ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan kepada pengguna supaya makan secara sihat ketika makan di luar. Buku Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu perlu dimiliki kerana

-mengemukakan tip dan panduan semasa pemilihan suatu hidangan

-disertakan gambar, jadual dan carta bagi memudahkan pemahaman

-banyak maklumat tambahan yang disertakan untuk menambah pengetahuan

-gaya persembahan buku yang ringkas dan menarik

Semoga usaha kecil ini akan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada pengguna dalam usaha menjaga kesihatan. Sebarkanlah kebaikan daripada buku ini kepada setiap individu agar setiap daripada kita mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT

DR. Zahara Abdul Manaf - pensyarah program dietitik

Nur Nadia Zambri - Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers