Islam, Songkok & Bahasa

Islam, Songkok & Bahasa
Click image for Gallery
  • RM23.00 RM16.10
+
-



Tags: islam, songkok & bahasa, kemilau publika agama


Buku Islam, Songkok dan Bahasa adalah gabungan rencana yang pernah ditulis oleh Maarof Salleh dalam Berita Harian Singapura. Ia juga adalah luahan umum masyarakat Islam Melayu di Singapura terhadap isu agama, negara dan bangsa.

 

3 isu ini tidak dipenjara dalam kotak masyarakat Singapura sahaja, bahkan penulis melintasi garisan sempadan Malaysia apabila beliau membuat analisis isu dengan mengaitkan dua negara ini secara serentak.

 

Penulis melontarkan kritikan terhadap idea politik Singapura, perkembangan politik Malaysia, pandangan kepada para pemimpin negara, cadangan untuk guru, ustaz dan ustazah, bagi membentuk masa depan yang lebih gemilang.

 

Beliau sentiasa mahu menegaskan bahawa setiap rakyat merupakan agen perubahan buat agama, negara dan bangsa.

   

 

 

___Tentang Penulis_______________________________________________________________________________________________

Maarof Salleh lahir pada tahun 1948 di Singapura. Beliau memiliki ijazah MA (Pengajian Asia Tenggara) dari Universiti Nasional Singapura (NUS), selain beberapa sijil pendidikan dan pengurusan pentadbiran.Sejak zaman persekolahannya, termasuk sebagai mahasiswa universiti, beliau aktif menceburkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan, termasuk di peringkat kepimpinan, dalam banyak agensi Islam.Antara badan-badan yang pernah mendapat khidmatnya termasuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura (PBMUS), Himpunan Belia Islam (HBI), Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Yayasan Mendaki (YM) dan Centre for Contemporary Islamic Studies (CCIS).

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers