Menjadi Golongan di Bawah Lindungan Arasy

Menjadi Golongan di Bawah Lindungan Arasy
Click image for Gallery
  • RM19.00 RM13.30
+
-



Tags: menjadi golongan di bawah lindungan arasy, kemilau publika


___Sinopsis_________________________________________________

 

Ada tujuh golongan yang akan dilindungi Allah pada hari yang tiada perlindungan melainkan dari perlindungan Allah iaitu:

  1. Imam ( pemerintah ) yang adil
  2. Pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa  terpaut kepada masjid
  4. Dua lelaki yang mencintai antara satu sama lain semata-mata kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita lalu ia berkata: “Sesungguhnya aku ini takut kepada Allah”
  6. Lelaki yang memberi sedekah  dengan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya
  7. Lelaki yang mengingati Allah sehingga berlinangan  air matanya

(  H.R :Bukhari dan Muslim )

Mahukah kita menjadi golongan di atas? Pasti semua kita inginkannya. Namun, bagaimana kita berusaha menjadi sebahagian daripadanya?. Buku cuba mendekatkan anda padanya.

 

   

 

 

___Tentang Penulis_______________________________________________________________________________________________

Haji Ishak bin Mat Tahir dilahirkan pada 22 Januari 1952 di kampung Hubong Endau, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Leban Condong, Rompin, Pahang. Beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah kebangsaan Rompin sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1973-1974 beliau telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin dari 1975 sehingga 1982.

Kemudian menyambung Kursus Pendidikan Kaunseling di MPIK Cheras. Pada 1984-1987 beliau telah melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidang Pendidikan Bahasa. Pada tahun 1997-1999 beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (pengkhususan dalam bidang sastera sufi) dalam bidang Persuratan Melayu di UKM. Pada 1990 pula beliau bertugas di Sekolah Menengah kebangsaan Muadzam Shah sehingga tamat perkhidmatan beliau pada 2007. 
Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau adalah sebagai Guru Penolong Kanan Satu. Beliau pernah aktif dalam pelbagai gerakan Dakwah. Beliau pernah memegang tugas sebagai Ketua Biro Dakwah dalam Abim Rompin antara tahun 1978-1982. Selain itu beliau juga meminati bidang Tasawuf.
Pernah menjadi jurulatih syarahan agama untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan memenangi 4 gelaran johan di Negeri Pahang dan tempat ketiga di peringkat kebangsaan. Kini aktif menyampaikan kuliah sekitar Muadzam Shah, Pahang sehingga sekarang.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers