Khutbah Khulafa Ar-Rasyidin

Khutbah Khulafa Ar-Rasyidin
Click image for Gallery
  • RM19.00 RM13.30
+
-



Tags: khutbah khulafa ar-rasyidin, kemilau publika


Khutbah Khulafa Ar-Rasyidin

oleh Ustaz Ashraf Suarin al-Muqri

Harga: RM19.00/RM22.00

ISBN: 978-967-361-120-1

Tarikh Terbit: Mei 2014

Jumlah Muka Surat: 296

 

___Sinopsis_________________________________________________

 

Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (para pemimpin yang lurus dan terbimbing) ialah empat khalifah (pemimpin) kaum Muslimin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Empat khalifah tersebut ialah:

  • Abu Bakar as-Siddiq
  • Umar ibnu al-Khattab
  • Uthman ibnu Affan
  • Ali ibnu Abu Talib

Mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah SAW. Berkat usaha yang dilakukan, risalah Islam tersebar ke seluruh penjuru dunia.

 

Tinta emas sejarah Islam mencatatkan jasa agung Khufala’ ar-Rasyidin dalam memajukan umat Islam dan kejayaan Islam di muka bumi ini.

Manakala dalam tinta keabadian Islam turut mencatat khutbah-khutbah dan nasihat-nasihat agung Khulafa’ ar-Rasyidin yang selalu memberikan inspirasi kepada kaum Muslimin dalam menempuh sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran.

 

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar berpegangn teguh pada sunnah-Nya serta mentaati para pemimpin yang lurus dan terbimbing, sebagaimana sabdanya.

“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin meskipun dia seorang hamba hitam. Dan kamu akan melihat perselisihan yang sangat teruk setelah aku tiada nanti, maka hendaklah kamu mengikuti sunnah-Ku dan sunnah para Khulafa’ ar-Rasyidin Mahdiyyin, gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya) dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), kerana setiap yang muhdatsat itu adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah (mengadakan hal-hal baru dalam agama tanpa rujukan al-Quran dan sunnah) adalah kesesatan.” (HR Abu Daud: 3540) 

 

 

___Tentang Penulis_______________________________________________________________________________________________

Ustaz Ashraf Suarin Al-Muqri dilahirkan pada 20 Januari 1982 di Kaherah, Mesir. Beliau mendapat pendidikan awal di Tanjung Karang, Selangor. Seterusnya melanjutkan pelajaran di SAM Seri Desa, Markaz Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat, SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Kini Ustaz Ashraf aktif sebagai penceramah bebas dan peceramah motivasi. Selain daripada itu penulis juga merupakan seorang pengamal perubatan al-Quran (Syifa’ al-Quran), pembimbing umrah dan haji dan menjadi mudir di Pondok Tahfiz Hamlatul Quran, Kuala Selangor.

Antara buku beliau; Al-Quran The Best First Aid.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers