PENAJAAN HAFIZ DI GAZA 2014

PENAJAAN HAFIZ DI GAZA 2014
Click image for Gallery
  • Product Code: WAKAF-005
  • Availability: In Stock
  • RM600.00
+
-



Tags: penajaan hafiz di gaza 2014, wakaf


 
 
Inline image 1
 

PENAJAAN HAFIZ DI GAZA
 
 
Aqsa Syarif dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) sedang menganjurkan Kempen Penajaan Hafiz Palestin bermula 7 Mei hingga 31 Mei 2014. Hasil sumbangan akan disalurkan kepada sebuah NGO di Gaza iaitu Dar Al-Quran Al-Karim Wa Sunnah. Dar Quran telah melahirkan seramai 30,000 hafiz dan hafizah sejak 20 tahun yang lalu. 

Mereka mempunyai 767 Pusat Tahfiz di Gaza dan pelajar kini berjumlah 11,260 orang pelajar yang memerlukan penajaan untuk kos pengajian mereka.

Aqsa Syarif dan Muslim Profesisional Forum (MPF) telah bekerjasama menaja 680 pelajar pada tahun lepas (2013) dan mereka
 memerlukan RM408,000 untuk menyambung pengajian mereka bagi tahun kedua. Jumlah ini adalah untuk menampung yuran dan bahan-bahan pengajian mereka. Ini merupakan satu-satunya program penajaan Hafiz dari Malaysia untuk para huffaz di Gaza.

Sasaran kami ialah untuk mengumpul RM400,000 sehingga 31 Mei ini! 
 
Mari bersama kami dengan:
- Menaja RM600 untuk seorang hafiz bagi tempoh setahun
- Menyumbang dalam apa jua jumlah
- Kongsikan kempen ini dengan kenalan anda

Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!
 
Anda boleh saksikan Video Kempen Penajaan Hafiz di sini: http://on.fb.me/1g7SWwz

1) Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)
2) Sila hantarkan maklumat pembayaran (resit/slip transaksi) kepadaprojects@aqsasyarif.org.my

Hubungi lanjut: Puan Raihanah +013 7444760 atau Puan Noorazian +012-2115749

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers