Dar Baraka - Ditulis Kerana Cinta, Diadun Kerana Cinta, Terhasil Kerana Cinta

Dar Baraka - Ditulis Kerana Cinta, Diadun Kerana Cinta, Terhasil Kerana Cinta
Click image for Gallery
  • RM15.00 RM10.50
+
-



Tags: Dar Baraka - Ditulis Kerana Cinta, Diadun Kerana Cinta, Terhasil Kerana Cinta, Kemilau Publika

“Akhirnya, yang condong tetap condong
patuh aturan Tuhan dan yang sombong tetap sombong
mati menghadap Tuhan.” (Condongnya Pisa)
 
Menelusuri setiap bait yang dicipta dari kembara dua penulis ini, membawakita singgahmenikmati keindahan Seville, menguntum rindu buat Baitullah, menyemai cinta buat tanah yang pernah menjadi saksi tertegaknya kalimah Allah, 
 
Membenih cemburu buat Rumaikiyyah dan akhirnya memanggil kita pulang ke kampung halaman, tanah tumpah keringat dan darah.Bait-bait dedikasi, yang membenarkan kita meninjau sebuah daerah paling indah; hati budi seorang lelaki.
 
Kalianlah para pembaca.Semoga takwa menjadi landasan kita, penulis dan pembaca.Biarlah ada meski mungkin sedikit.Semoga usai membaca buku ini, kalian akan tersenyum sepertimana senyumnya kami tika keluar dari Borcadillas Dar Baraka, kerana mereka telah memperkaya perbendaharaan jiwa. Begitulah harapan kami.Maka, kerana itulah kami menulis.
 
Dar Baraka. Nama ini diambil sempena sebuah kafe yang kami singgah di Granada, ‘Bocadillas Dar Baraka’. Perkataan ‘Dar’ atau ‘Bait’ membawa erti ‘Rumah’ dalam bahasa Melayu. Namun ‘Dar’ juga membawa maksud yang lebih luas, iaitu sebuah kota atau bandar. ‘Baraka’ pula membawa ertikata berkat.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers