Teh Tarik Nasi Arab

Teh Tarik Nasi Arab
Click image for Gallery
  • RM14.00 RM13.30
+
-


Teh Tarik, Nasi Arab ialah hasil gabungan dua dimensi dan dua budaya yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia dapat disatukan kerana hasil gabungan ini walaupun nampak seperti pelik pada awalnya, tetapi lama-kelamaan seperti ngam pula akhirnya. 
Apa-apa sahaja yang baik daripada bangsa Arab yang Muslim, maka kita ambillah. Jangan diambil budaya barat kerana bakal mengundang bala dalam hidup. Pada masa yang sama, jangan dilupa kita ini berbangsa Melayu yang beragama Islam. Jika ada adat resam yang tidak menyalahi agama dan baik untuk diamalkan, maka janganlah ditinggalkan amalan itu kerana kita ada identiti tersendiri. Gabungkan yang baik, pasti lebih cantik.

Kelebihan 1
Sebagai panduan untuk mereka yang sedang mencari hala tuju hidup yang lebih bermakna kerana terdapat pelbagai hikmah yang dibentangkan dalam buku ini.

Kelebihan 2
Sesuai dijadikan sebagai cenderamata kepada sesiapa sahaja, tidak terhad kepada pelajar atau anak didik semata-mata kerana buku ini boleh dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Kelebihan 3
Sesuai juga dijadikan sebagai bahan ilmiah untuk membantu rakan-rakan yang sedang mencari isi-isi penting dalam penulisan, bahan tazkirah, ceramah, dan seumpama dengannya kerana penulis telah membahagikannya kepada tajuk-tajuk kecil.

Kelebihan 4
Dapat memberi maklumat dan info baharu tentang dunia luar yang diceritakan semula oleh Imam Muda Hassan mengenai pengalaman kembaranya dalam buku ini.

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers