Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13
/Tafsir-Surah-Ibrahim-dan-Juzuk-13+BUKUONLINE2U-350x350.jpg)
Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 13, iaitu sambungan Surah Yusuf dan Surah Ar-Ra’d. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Bestsellers
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Edisi Baru)
RM42.70 RM44.90 -5%
AL-MA'THURAT KECIL
RM1.00
English Itu Mudah
RM23.00
Mudahnya Menjemput Rezeki
RM18.00
Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak - Edisi Bahasa Melayu
RM38.00 RM40.00 -5%
Al-Quran Waqaf dan Ibtida' (Saiz Besar)
RM66.50 RM70.00 -5%
DIARI HAMIL
RM24.70 RM26.00 -5%
Read Easy Phonics Beginner Level (Edisi Baru Bestari)
RM47.40 RM49.90 -5%
Al-Quran Waqaf & Ibtida' Bertajwid
RM90.00 RM95.00 -5%