#Jangan Kata Abang Tak Payung

#Jangan Kata Abang Tak Payung
Click image for Gallery
  • Product Code: KOMRAD03
  • Availability: In Stock
  • RM25.00 RM23.80
+
-


Kisah ini sudah lama. Editor yang seorang ini, datang dan kemukakan cadangan dia. Dia kata, nak ambil status2 FB saya yang lama2, status2 yang terpilih, buat jadi buku.

Saya tidak berapa berkenan dengan cadangan dia. Sebab saya belum sampai taraf lagi untuk buat macam tu (sedar diri T__T). Tapi saya tak kata tak nak, cuma saya buat ayat yang menyusahkan dia dengan harapan dia akan mengalah.

“Tapi aku malas nak kumpul2 ni. Kalau kau kumpulkan, baru aku ok.”

Tapi dia okey pula. Kemudian selepas beberapa ketika, dia beri saya tengok layout awal. Eh, lepas baca, feel baca balik tulisan kita pada layout buku sangat berbeza dengan feel baca pada layout facebook. Saya mula lembut hati.

Kemudian waktu nak beri tajuk, saya tak tahu nak letak tajuk apa. Dia beri cadangan, tajuk ‪#‎jangankataabangtakpayung

Saya yang sudah malas nak berfikir, pun ok.

– BAHRUDDIN BEKRI, penulis buku Jangan Kata Abang Tak Payung

…Mampu mencari pil anti-stress dan nasihat yang segar, bacalah karya beliau…

Nor Azizah Aling, Istana Kehakiman, Putrajaya
Buku ini mempermainkan perasaan saya. Mula-mula saya ketawa tidak terhenti-henti…tiba-tiba, terasa muka ini ditampar oleh realiti…

Hairul Faizal Adli, Penjual Buku Online
…Rawatan alternative bagi merawat hati yang galau…

N. Safinas Ghazali. Kakitangan Kerajaan
…Bijak menyelitkan nasihat, sindiran, dan teguran dengan cara yang lebih ‘berlapik’…

Norfadilawati Shamsawi, Suri Rumah
Beliau umpama ahli hikmah yang bermain FB…

Alif Firdaus Azis, Kartunis Dan Animator

Write a review

Please login or register to review

Bestsellers